Remaja dedah dirogol bapa saudara
UTUSAN,AMPANG 8 April - Seorang remaja yang mendakwa pernah menjadi mangsa rogol bapa saudaranya ketika berusia 10 tahun hanya mendapat kekuatan untuk mendedahkan perbuatan terkutuk lelaki tersebut kepada keluarganya selepas dua tahun tragedi hitam itu berlaku.
Namun ketika usianya 12 tahun iaitu pada 2005, mangsa yang terlalu tertekan dengan peristiwa itu nekad melarikan diri dari rumah mereka di Keramat dekat sini, tetapi ditemui semula oleh keluarganya di Kepong selepas kehilangannya dilaporkan kepada polis.
Ketika itulah, mangsa memberanikan diri menceritakan kejadian rogol itu tetapi pendedahan tersebut sedikitpun tidak mengundang simpati sebaliknya mengakibatkan mangsa dipandang jijik oleh bapa kandungnya.
Akibat tidak tahan didera mental dan fizikal, mangsa sekali lagi nekad melarikan diri dari rumah pada Februari lalu dan melaporkan sendiri kes itu kepada polis pada Jumaat lalu.
Menurut sumber, mangsa dalam laporannya mendakwa telah menjadi mangsa rogol bapa saudaranya pada 2003.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.
Beliau berkata, mangsa tidak mengetahui perbuatan tersebut merupakan kesalahan dan merahsiakannya daripada pengetahuan ahli keluarga.
"Namun selepas dua tahun memendam rahsia, dia yang meningkat remaja akhirnya menceritakan segala kejadian berlaku kepada bapa kandungnya.
"Tindakan itu bukan mendapat simpati bapanya, sebaliknya dia dipandang jijik dan menjadi mangsa penderaan bapanya. Mangsa turut dirantai hingga mengalami tekanan perasaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, demi mendapatkan keadilan, mangsa yang kini berusia 17 tahun, nekad mengambil keputusan melaporkan sendiri kes rogol itu kepada polis, Jumaat lalu.
i think, we are move backward right now. Balik ke zaman jahiliah. Wanita sebagai bahan pemuas nafsu, anak perempuan dipandang sebagai pembawa aib/sial dlm keluarga dan lelaki ???? malas nak cakap... tp, x semua laki mcm laki-laki tak guna dalam kes ni!!! Alhamdulillah because I have a responsible, hardworking and caring dad!!! Adeq sayang Ayah!!! Mak & Along pun Adeq sayang gak!!! he3...